Jawatankuasa Kecil

JAWATANKUASA KECIL JPPOBG (SUBCOMITTEE JPPOBG)


1) KOMPETENSI, PENDAFTARAN NSR, DAN TEKNOLOGI BARU

  • Menghasilkan pakar-pakar yang berkualiti melalui dua-dua kaedah iaitu  sarjana dan parallel pathway.
  • Mewujudkan satu sumber rujukan / subject matter expert di dalam bidang kepakaran O&G dan menyelesaikan isu-isu berkaitan kepakaran dari aspek klinikal dan juga pentadbiran.
  • Memelihara kebajikan Pegawai Perubatan dan Pakar O&G.

2) LATIHAN, CME DAN MODAL INSAN

  • Meningkatkan kemahiran klinikal (teknikal) petugas O&G agar mereka menjadi petugas yang kompeten dan selamat (competent and safe).
  • Meningkatkan kemahiran bukan klinikal semua petugas O&G agar mereka menjadi petugas yang mempunyai softskill / non-technical yang baik.
  • Mempunyai modal insan yang mencukupi untuk tujuan yang tersebut di atas.

3) KEMATIAN IBU DAN BAYI/ PERINATAL

  • Mengurangkan kadar kematian ibu dan bayi /perinatal.

4) PENYELIDIKAN DAN GARISPANDUAN AMALAN KLINIKAL (CLINICAL PRACTISE GUIDELINES) 

  • Menyubur dan membudayakan amalan berasaskan EBM (Evidence-based medicine) dan VBM (Value-based Medicine).
  • Menghasilkan lebih banyak penyelidikan O&G dijalankan bagi mencapai maksud di atas.

5) SUMBER MANUSIA DAN DATABASE

  • Mempunyai sistem penyimpanan data-data yang lengkap dan tepat tentang semua parameter O&G bagi tujuan penyelidikan, perancangan, permohonan bantuan dan audit perkhidmatan.

6) INFRASTRUKTUR DAN PERALATAN 

  • Perkhidmatan O&G memiliki infrastruktur dan peralatan dan tenaga manusia yang mencukupi bagi menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
  • Membantu KKM dalam merancang pembangunan dan kemajuan berkaitan bidang O&G.

7) PROGRAM PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DAN PARALLEL PATHWAY

  • Menghasilkan pakar-pakar O&G yang cekap, mahir, selamat dan bermutu tinggi melalui program latihan yang berkesan.
  • Meningkatkan minat pegawai perubatan berbakat untuk memilih dan melanjutkan pelajaran di dalam bidang pengajian postgraduate O&G.
  • Memperbaiki proses pewartaan dan latihan Pakar O&G. 
  • Memelihara kebajikan Pakar O&G.

8) SUBKEPAKARAN

  • Menghasilkan lebih ramai pakar yang melanjutkan Latihan di dalam bidang subkepakaran.
  • Meningkatkan mutu dan memajukan program Latihan subkepakaran.
  • Menghasilkan subspecialist yang bermutu tinggi dan dapat memberi khidmat kepada lebih ramai pesakit yang memerlukan. 

9) KUALITI, HOSPITAL RAKAN BAYI DAN UBAT-UBATAN 

  • Meningkatkan kualiti perkhidmatan dari aspek kualiti, POMR dan penyampaian perkhidmatan kepakaran.
  • Membantu mengekalkan status hospital rakan bayi di semua hospital di Malaysia dan meningkatkan amalan penyusuan ibu.
  • Perolehan dan bekalan ubat-ubatan O&G yang mencukupi dan ubat-ubatan yang digunakan oleh perkhidmatan adalah ubat-ubatan yang paling baik berdasarkan kepada EBM dan VBM.

10) RISK MANAGEMENT DAN MEDICO-LEGAL

  • Mengurangkan kes-kes medico-legal O&G dan masalah-masalah yang berkaitan dengannya.

11) KOMUNIKASI DAN PENDIDIKAN MELALUI TEKNOLOGI MAKLUMAT (MEDIA MASSA DAN MEDIA SOSIAL) 

  • Meningkatkan keberkesanan komunikasi di dalam perkhidmatan bagi tujuan menyampaikan maklumat, memberi pendidikan dan mengemaskini ilmu serta kemahiran di dalam bidang O&G kepada petugas dan orang awam melalui penggunaan media sosial dan teknologi maklumat secara professional dan berkesan.